Search

|| KEISTIMEWAAN BUKU MINDA SYARIAH DAN HARAPAN SAY...

  • Share this:

|| KEISTIMEWAAN BUKU MINDA SYARIAH DAN HARAPAN SAYA SEBAGAI PENULIS KEPADA SEMUA PEMBACA ||

================================

#MUSTREAD!!

1. Buku ini barangkali adalah cubaan pertama bagi menerangkan tentang cara minda Syariah berfungsi dalam kerangka khidmat nasihat syariah, selain bagaimana cendekiawan syariah menawarkan respon pada inovasi dan juga isu-isu cerutan dalam rangka kerja awal selia kontemporari.

2. Buku ini juga unik kerana ia dihasilkan seorang cendekiawan Syariah. Maka semua isu, pemikiran dan perspektif yang diutarakan dalam buku ini adalah tulen dan berasaskan maklumat langsung. Semua isu dan contoh dalam buku ini adalah berdasarkan amalan sebenar, dan bukan sekadar kes-kes hipotesis.

3. Matlamat buku ini adalah bagi menyampaikan perspektif sebenar dan berwibawa berkenaan kerja dan sumbangan dan lebih penting lagi, minda dan emosi cendekiawan syariah dalam kewangan Islam. Buku ini ditulis oleh 'orang dalam' yang mempunyai maklumat dan naluri langsung mengenai pandangan dan resolusi syariah yang memacu industri.

4. Harapan saya agar buku ini mampu menyampaikan analisis yang tepat dan adil berkenaan proses pemikiran cendekiawan syariah dalam menangani isu berkaitan kerjaya mereka. Pemahaman tentang perbezaan-perbezaan itu juga menjadi salah satu matlamat buku ini.

5. Perkara yang juga membezakan buku ini dengan buku lain adalah ia menggabungkan (harapan saya) cerita dan hujah. Ia memang buku ini sarat dengan cerita, anekdot, kejadian dan episod menarik dalam cendekiawan syariah. Selain itu ia juga memuatkan isu yang membolehkan pembaca menghayati peranan minda syariah dalam menangani kes-kes sebenar.

6. Buku ini membantu anda mengenalpasti isu syariah dalam sesuatu kes, dan bagaimana para cendekiawan syariah mencerakin perkara itu menerusi minda analitikal dan algorithma pemikiran syariah.

7. Buku ini membincangkan proses pemikiran para cendekiawan syariah dalam pelbagai keadaan, ia ditulis secara mudah namum praktikal, iaitu berdasarkan pengalaman, pengamatan, dan analisis.

8. Buku ini mampu menambah nilai kepada perspektif pembaca, walau apa jua latar belakang mereka.

9. Saya berharap agar pembaca mendapat suntikan motivasi daripada buku ini, dan sememangnya penulisan buku ini juga bertujuan memotivasikan pihak berkepentingan terutamanya cendekiawan syariah muda dan baru, dan juga sesiapa sahaja yang ingin menambah baik diri sendiri dan masyarakat

10. Saya memanjatkan harapan agar buku ini memeberi nafas baru kepada setiap pihak berkepentingan, khususnya para cendekiawan syariah. Cendekiawan syariah perlu belajar cara melakukan segala perkara dengan lebih baik dan bijak.

11. Saya juga berhasrat sedikit sebanyak membantu mendidik orang baru dalam kewangan Islam, tidak kira sama ada cendekiawan syariah mahupun profesional lain. Dalam buku ini disebalik cerita-cerita menarik, saya akan menerangkan mengenai produk kewangan Islam, sama ada produk asas mahupun produk canggih.

12. Sesiapa sahaja yang hendak menambah baik pemikiran mereka akan beroleh faedah daripada buku ini, jika anda pengamal kewangan, tidak kira sama ada junior ataupun senior, anda dapat mempelajari cara minda syariah berfungsi.

13. Buku ini bertujuan membantu cendekiawan syariah junior agar lebih sedar akan peranan mereka sebagai cendekiawan syariah, iaitu dari segi menasihati institusi kewangan Islam dan berurusan dengan semua pihak berkepentingan.

14. Buku ini juga cukup sesuai untuk lulusan syariah ataupun cendekiawan syahriah yang ingin menceburkan diri dalam bidang khidmat nasihat syahriah, ataupun sesiapa sahaja yang bertekad memainkan peranan dalam bidang khidmat nasihat syariah.

15. Buku ini menawarkan banyak tip dan panduan, same ada dari semi intelektual ataupun kepintaran emosi bagi membantu anda mencapai impian.

16. Buku ini menjemput anda semua bagi mengadakan interaksi dan wacana intelek yang lebih serius dengan cendekiawan-cendekiawan syariah utama yang mana mereka berpengalaman luas dalam bidang kewangan rentas benua.

17. Mudah-mudahan cerita dan hujah saya relevan, berguna dan meremajakan. Kalaulah saya berpeluang ketemu buku semacam ini semasa saya mula-mula menjadi penasihat syariah dua dekad lalu, maka sudah tentu saya akan membacanya bagi memperoleh banyak rahsia dan mutiara ilmu daripadanya.

18. Akhir sekali, Saya berharap pembaca seronok membaca buku ini yang mana ia ditulis dari perspektif orang dalam, sepertimana saya begitu seronok menulisnya untuk anda.

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

#feelfreetoshare


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts